Disebabkan haritu aku dah janji nak sambung part 2, nak tak nak aku kena lah jugak sambung. Lagipun dosa kan mungkir janji cey. Sebenarnya idea dalam kepala otak ni taklah banyak mana. Aku ni bukanlah jenis yang selalu dapat 90% ++ BM. Lagi pulak dah habis PMR kan memang lama dah tak pegang pen tulis karangan ayoyo.
okay lah sambung. Senanya nak post gambar je biar kau tengok betapa cantiknya kawan- kawan aku termasuklah aku sekali hahahaha. okay memain je gurau je ok gurau. Jangan lak tetiba ada yang nak serang aku campak dalam sungai. Result PMR tak keluar lagi woi.
Time last day haritu separuh masa aku lepak ngan classmates aku separuh lagi ngan dak- dak opt. cewah separuh masa terpengaruh dengan bola sangat ni. Oh cakap pasal bola haritu Pahang menang woot woot. Senanya akku sokong kelantan tapi aku jugak sokong pahang. pahe dok? Okaylah senang cerita aku sokong dedua. Aku pun taktau kenapa aku suka sangat kelantan. Memang dari dulu kalau bola memang aku akan sokong kelantan. Pahang pulak kampung aku. Rasa bersalah lah jugak kan kalau tak sokong. Lagi- lagi sekarang dah power ha bagus lah kan. Tapi memang haritu dari mula aku dah agak Pahang akan menang sebab instinct aku memang kuat mengatakan bahawa pahang akan menang. cey ayat kalau cikgu BM aku tengok ni mesti dia bangga wahwah. Tapi Alhamduillah tbh memang instinct aku jenis yang kuat dan selalu betul. Except time exam haish aku pun taktau kenapa dia dengki sangat dengan aku time exam taknak bagitau mana satu rasanya betul uhuks.
Okay melalut sangat ha laritopic sangat dah ni. Senanya separuh masa pertama tu (masih dalam mood bola) bukanlah lepak pun. Duduk kat dataran je tengok orang dapat hadiah tapi malangnya aku tak dapat sedih k0 tau. lepastu gi rehat duduk kantin makan yayy best part ever. Hidup untuk makan!!!
eh
MAKAN UNTUK HIDUP
Separuh masa kedua tu pulak aku duduk kat dataran. Dalam pada itu classmates aku duduk kelas. Bahasa buku sikitlah kang lupa BM anyonyo cana nak belajar tahun depan kan?
Duduk kat perhimpunan dengan shuhada, farisya, asilah, nadhirah, fatin, fatihah.Time tu pulak ada bebudak laki main bola kat situ. Ada bebudak perempuan main bola tampar. haa bola tu memang k0 tak payah cerita lah banyak kali kena kitorang. Sebaik tak selalu kena aku ihiks.
Nak dijadikan cerita, aku duduk menghadap dorang. Kira aku membelakangkan orang yang main bola sepak lah tampar lah wtv lah kan. Tetiba farisya shuhada ngan nadhi cam jerit sebab bola tu nak kena aku patu dorang protect aku daripada terkena bola. sweet kan aww sampai sekarang aku terbayang- bayang lagi cey ayat. Terharu aku weh terharu . Then aku pandang lah belakang ternampak ex- crush aku pandang kitorang patu gelak. Aku takdelah rasa apa- apa pun tapi tah rasa cam best ok pelik. Tapi sekarang memang aku dah tak suka kat dia dah bagus kan aku move on cey. Nanti kalau ada masa aku bagi lah tips acano nak move on. INI BUKAN JANJI.
kalau ada masa. InsyaAllah
lepastu sakinah datang kat kitorang then aku main basketball ngan dia. 'Basketball' sangat padahal main rampas- rampas bola ala- ala Zac Efron gituw. Memang best lah berpeluh aku dah lah lama tak main kan. Patu aku lepak ngan sakinah kemhor sesama. okay dah lah kot kang bosan baca aku duk berpompang-pompeng kat sini kan. ni gambar woot. btw ni ada gambar time second last day ada yang last day.
Enjoy!!
Ada yang berminat? Cey gi belajar dapat kerja da duit nak tanggung anak orang baru inform aku okbai
Assalamualaikum. Tak jawab dosa mati seksa :p

















No comments:
Post a Comment