Thursday, 7 November 2013

SEKOLAH DAH HABIS!! #2

ASSALAMUALAIKUM

Disebabkan haritu aku dah janji nak sambung part 2, nak tak nak aku kena lah jugak sambung. Lagipun dosa kan mungkir janji cey. Sebenarnya idea dalam kepala otak ni taklah banyak mana. Aku ni bukanlah jenis yang selalu dapat 90% ++ BM. Lagi pulak dah habis PMR kan memang lama dah tak pegang pen tulis karangan ayoyo.

okay lah sambung. Senanya  nak post gambar je biar kau tengok betapa cantiknya kawan- kawan aku termasuklah aku sekali hahahaha. okay memain je gurau je ok gurau. Jangan lak tetiba ada yang nak serang aku campak dalam sungai. Result PMR tak keluar lagi woi.

Time last day haritu separuh masa aku lepak ngan classmates aku separuh lagi ngan dak- dak opt. cewah separuh masa terpengaruh dengan bola sangat ni. Oh cakap pasal bola haritu Pahang menang woot woot. Senanya akku sokong kelantan tapi aku jugak sokong pahang. pahe dok? Okaylah senang cerita aku sokong dedua. Aku pun taktau kenapa aku suka sangat kelantan. Memang dari dulu kalau bola memang aku akan sokong kelantan. Pahang pulak kampung aku. Rasa bersalah lah jugak kan kalau tak sokong. Lagi- lagi sekarang dah power ha bagus lah kan. Tapi memang haritu dari mula aku dah agak Pahang akan menang sebab instinct aku memang kuat mengatakan bahawa pahang akan menang. cey ayat kalau cikgu BM aku tengok ni mesti dia bangga wahwah. Tapi Alhamduillah tbh memang instinct aku jenis yang kuat dan selalu betul. Except time exam haish aku pun taktau kenapa dia dengki sangat dengan aku time exam taknak bagitau mana satu rasanya betul uhuks. 

Okay melalut sangat ha laritopic sangat dah ni. Senanya separuh masa pertama tu (masih dalam mood bola) bukanlah lepak pun. Duduk kat dataran je tengok orang dapat hadiah tapi malangnya aku tak dapat sedih k0 tau. lepastu gi rehat duduk kantin makan yayy best part ever. Hidup untuk makan!!!

eh
MAKAN UNTUK HIDUP


Separuh masa kedua tu pulak aku duduk kat dataran. Dalam pada itu classmates aku duduk kelas. Bahasa buku sikitlah kang lupa BM anyonyo cana nak belajar tahun depan kan?

Duduk kat perhimpunan dengan shuhada, farisya, asilah, nadhirah, fatin, fatihah.Time tu pulak ada bebudak laki main bola kat situ. Ada bebudak perempuan main bola tampar. haa bola tu memang k0 tak payah cerita lah banyak kali kena kitorang. Sebaik tak selalu kena aku ihiks.

Nak dijadikan cerita, aku duduk menghadap dorang. Kira aku membelakangkan orang yang main bola sepak lah tampar lah wtv lah kan. Tetiba farisya shuhada ngan nadhi cam jerit sebab bola tu nak kena aku patu dorang protect aku daripada terkena bola. sweet kan aww sampai sekarang aku terbayang- bayang lagi cey ayat. Terharu aku weh terharu . Then aku pandang lah belakang ternampak ex- crush aku pandang kitorang patu gelak. Aku takdelah rasa apa- apa pun tapi tah rasa cam best ok pelik. Tapi sekarang memang aku dah tak suka kat dia dah bagus kan aku move on cey. Nanti kalau ada masa aku bagi lah tips acano nak move on. INI BUKAN JANJI.  

kalau ada masa. InsyaAllah


lepastu sakinah datang kat kitorang then aku main basketball ngan dia. 'Basketball' sangat padahal main rampas- rampas bola ala- ala Zac Efron gituw. Memang best lah berpeluh aku dah lah lama tak main kan. Patu aku lepak ngan sakinah kemhor sesama. okay dah lah kot kang bosan baca aku duk berpompang-pompeng kat sini kan. ni gambar woot. btw ni ada gambar time second last day ada yang last day. 

Enjoy!! 


















Ada yang berminat? Cey gi belajar dapat kerja da duit nak tanggung anak orang baru inform aku okbai

Assalamualaikum. Tak jawab dosa mati seksa :p

Thursday, 31 October 2013

What To do

ASSALAMUALAIKUM

Tengah aku duduk melayan novel, aku terpandang adik aku tengah main game. Rasa macam laptop ni melambai- lambai kat aku atas arahan blog yang menyuruh aku update si dia ni. Ayat sikit lagi nak ayat buku tu wakaka.

Sebenarnya ayah suruh aku tolong buat slide dia untuk reunin universiti. Dah siap senanya cuma nak tambah gambar. Pening gak senanya ko tau bila nak tambah gambar tu sikit lagi nak gilo. KONON.

Aku bosan senanya. Takda mood pulak nak masukkan gambar so saja usha blog orang lain (padahal sorang je baru) . Blog aizat abdullah yang tweetfamous tu yang orang gossip ngan annakhayalan tu. Kalau kau tak kenal pun takpe watlek je. Kalau rasa nak usha usha sikit nak kenal sikit ni ha link dia 
--> eijatabdullah.blogspot.com . Aku suka baca blog dia sebab cara dia tulis tu cam gempak lah bagi aku. Dahlah ayat dia cam lawak kan hahahaha. 

Sebenarnya sambil aku tulis ni aku duk terfikir nak buat apa selain baca novel dan tengok movie lepas pmr. Plan nak hang out dengan kengkawan pun sikit punya susah lah dengan transport problem lah bla bla. Kenapa lah 17 tahun baru boleh ambik lesen kereta :( tapi bagus lah jugak takdelah banyak kes kemalangan kan. Sesungguhnya aku dah sedia maklum remaja zaman sekarang bawak kereta macam mana *cengceng* tapi bukan semua lah. Ada je yang berhemah belum pupus lagi watlek.

Kengkonon dulu sebelum pmr punyalah dah plan dalam kepala otak ni nak buat apa lepas pmr, siap buat `What- To- Do list after pmr` lagi kahkah. Tapi aku pun lupa mana aku campak list tu. lifeless sebenarnya lepas pmr ni. Takkan nak makan minum tidur internet je 24/7 kan? Tu sah sah memang lifeliss gila punya olang lah. sorry not sorry wakaka :p

Okaylah mood nak transfer gambar-sambil-intai blog orang dah datang balik. Semoga berjumpa di post yang lain. Ayat nak power je kan. okay . Toodles *insert emoji*


Assalamualaikum. Tak jawab dosa mati seksa :p


Tuesday, 29 October 2013

SEKOLAH DAH HABIS!! #1

ASSALAMUALAIKUM

"Bye sekolah"

 "Bye kelas"

"Bye korang"

"I will miss you!!!!"

"Nak peluk nak hugs"


Harini aku nak cakap pasal apa? Nampak tajuk tu nampak?


YE SEKOLAH DAH HABIS.

"Cepatnya sekolah habis"

"Nanti rindu korang"

"Cepatnya masa berlalu"

"Kenapa cepat sangat masa berlalu?"

Sedih?
Gila tak sedih

Happy?
Entah. Tak rasa happy langsung. Not at all okay

"Alaa lek aa cam tahun depan takleh jumpa dah"

Okay mukaddimah panjang bebenor. Dah stop

Banyak sebab aku sedih sebab sekolah dah habis. kenapa?

SEBAB BILA SEKOLAH DAH HABIS MAKNANYA KITORANG (#WIBWAWRO-ians) KENA BERPISAH.SEPERATE.

SEDIH GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

okaylah cuba bayangkan.Kau dah sekelas ngan someone tu for 3 years.Then kena berpisah. Memanglah setiap pertemuan pasti ada perpisahan.tapi...

tapi...

AKU TAK READY LAGI.

Rasa macam tak percaya nanti tahun depan masuk kelas dah tak nampak muka diorang *cry* Bukan aku takleh terima kenyataan ke, tak nak berkwan ngan orang lain ke... tapi kalau kau ada kat tempat aku mungking kau akan faham. kot?

Banyak sangat kenangan aku ngan diorang Terlalu banyak. Walaupun kitorang selalu gaduh pastu baik pastu gaduh, biasalah tu kan.Kitorang pun dah macam adik- beradik. Walaupun aku kata menyampah lah apa lah, tapi dalam hati sebenarnya sayang. Sayang sebagai kawan. Sebagai sahabat.

okaylah.kang tulis lagi menangis kang. Nanti akan ada part 2 ye. Sabaq okay

dan disini aku sertakan gambar second last day.cewah ayat. Kitorang tangkap sama- sama tapi ada yang tak datang. uhukss








            Aku sayang korang. Sampai bila- bila.Sampai syurga.                            Uhibbukumfillahi hubban jamma <3

                                                                                      UKHUWAHFILLAHIABADAN ABADA
                                                                                             insyaAllah :)


Thursday, 24 October 2013

E.N.T.A.H

ASSALAMUALAIKUM

entah lah taktaulah kenapa kan tetiba aku rasa cam nak buat blog.wakaka.lalu terhasillah blog yang tidak seberapa ini.

Tbh, ini bukanlah blog pertama aku. BUKAN. sebab sebelum ni aku dah ada blog cuma em malas nak update patu lupa password patu taktau nak story apa pau blabla wtv lah kan.

Eh sukahati aku lah nak ada berapa banyak blog pun wakaka *flips table*

Mungkin tak ada sesiapa pun yang baca blog ni tapi takpelah aku saja buat. Senang sikit nak bebel ke hape ke takdalah menyusahkan orang lain nak tadah telinga dengar bebelan aku ye dak? Senanya aku pun dah lupa cana nak edit blog semua sebab dah lama aku tinggalkan alam blog ni cewah """"""alam"""""

ok lah daripada aku merapu aku nak pergi usha usha blog orang lain wakaka bye

Assalamualaikum.Tak jawab dosa mati seksa :p